Berbeza.
Saturday, 18 October 2014, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum wahai pembaca dan kawan2 sekalian ,
2014.
Tahun ini sangat berbeza dari tahun lepas 2013 . Kenapa saya kata begitu? sebab tahun ini saya rasa diri saya lebih matang ( sebernarnya takda lah matang sangat ada juga cam kebudak-budakan ) tahun ini juga saya rasa sangat beruntung kerana saya dapat kawan yang baik dan selalu tolong saya dalam hal pelajaran dan mata pelajaran yang saya begitu lemah iaitu matematik tambahan ( of course ) dan prinsip perakaunan. Kawan sekelas saya tak pernah ejek saya. Tahun lepas ketika saya tingkatan 3 macam setiap hari kena ejek dengan kawan sekelas ( pada masa itu saya rasa macam nak pindah sekolah pun ada ) dengan keputusan peperiksaan menengah rendah yang boleh diterima lah --' saya dapat jugak masuk kelas aliran perakaunan dan tidak sama kelas dengan kawan tahun lepas or ( ex-classmates ) *gembira* boleh lah saya belajar dengan aman tanpa diejek oleh kawan :). Apa yang buat saya sedikit kecewa ialah ( ex-classmates ) saya tuh masih lagi ejek saya lagi tapi tidak lah selalu...bila saya lalu kelas mereka mesti dan mesti mereka akan ejek saya ( nasib baik lah bukan setiap hari ) da tak tahan da. Tahun ini saya nak buka buku baru azam baru ( padahal berhoneymoon kata orang da habis pmr honeymoon lah! ) saya rasa kata-kata tuh buat orang menyesal nanti tahun depan adalah ( like seriously ) haha... 


4 APLHA.
Kelas prinsip perakauanan. Keputusan peperiksaan menengah rendah saya sesuai dengan kelas ini ( saya minat akaun *sangat* takpe budak baru belajar katakan ) haha yang sebernarnya saya memang tidak tahu mahu masuk kelas mana *emoji serious* saya macam ikut je lah kelas yang cikgu dah tentukan ni..Mula2 tuh saya tengok list student yang dapat kelas ni tiada seorang pun kawan saya yang dapat kelas ni ( kawan baik or classmates ) saya fikir "macamana ni tiada kawan sekelas pun kawan baik pun takda mesti rasa sunyi nanti" ( saya ni cepat risau, risau je terlebih ).Balqis kawan saya pun sebernarnya pun macam pening nak masuk kelas yang mana  ( dia dapat kelas aliran sains *dak2 pandai* ) dia pun cam "boleh ke aku ambik aliran sains ni hmm" saya pun tarik dia "balqis jom join aku ambik aliran akaun ,please aku takda kawan nih...lagipun kau pun tak tau nak masuk kelas mana an" dia pun cam "okeylah" haha minta maaf balqis. Classmates kelas 4 Alpha baik2 dan banyak tolong saya dalam mata pelajaran saya lemah. Keluarga kedua saya!

CLOSEMATES & MA LEMON.

Kalau korang baca blog update saya saya ada cerita tentang dia dan classmates saya :) nama dia Umi Zafirah dan dia ialah jiran saya *pertama kali ada kawan rapat yang sebaya dekat dengan rumah saya* dan ia dipanggil Jiran yang rapat or kawan baik ( maksalleh best friends pun boleh lah ) haha. Kami selalu balik rumah bersama , saya akan tunggu dia and dia akan tunggu saya. Kami selalu cerita tentang masalah yang tidak boleh dicerita pada ibubapa macam pasal kawan ke,results teruk ke and macam2 lagi. Kitorang suka sangat main game. Petang saya ajak dia jejalan dekat tasik , main badminton , or jogging sekitar kawasan rumah . Dia selalu bagi support dekat saya dan saya selalu bagi nasihat dekat dia ( kekadang saya terkasar ) tapi dia kata tidak apa sebab dia kata "apa yang tisya cakap betul so takpe k" . Saya selalu cerita pasal masa depan nanti nak jadi apa? nak belajar dekat mana? haha.. Saya rasa sangat bertuah dapat kenal dia :). 

 "Ssup Bro" Dia adalah kawan sekelas saya kawan rapat saya sejak tingakatan 1 lagi . Nama dia Balqis Uzma yes dia lah kawan yang saya paksa masuk kelas akaun haha *sorry*. Dia baik , sporting, tidak kesah,and banyak lagilah. Dia ni selalu pergi rumah saya ( tidak lah selalu ya...) Kitorang suka main game Just Dance ( kami adalah dancer just dance 4 or dah pro dah main just dance selalu high score kau hado? hahaha ) Saya sekelas dengan dia masa tingkatan 1 je dan tahun ni saya dapat sekelas dengan dia kembali *gembira* ( reunited ceh ) Dia banyak tolong saya dalam mata pelajaran saya lemah dan dia tahu kelemahan saya apa.Dia cerita tentang masalah dia dan saya pun cerita tentang masalah saya . Saya sangat senang berkawan dengan dia takda malu2 macam saya cakap dengan dia spontan je takda nak cover2 haha saya luahkan perasaan kalau saya marah pun saya luahkan semua haha dan dia akan kata2 positive ceh poyo. Balqis Terima Kasih jadi kawan baik rapat aku. Aku sangat sangat bertuah dapat kenal kau lama. 




new past